Letupan kedengaran di Teheran, Karaj, Iran ancam serang Ras Al-Khaimah UAE

Letupan kedengaran di Teheran, Karaj, Iran ancam serang Ras Al-Khaimah UAE
Letupan kedengaran di Teheran, Karaj, Iran ancam serang Ras Al-Khaimah UAE

Satu letupan kuat di barat Teheran turut menyebabkan gangguan bekalan elektrik buat sementara waktu.

ISTANBUL – Letupan dilaporkan berlaku di Teheran dan bandar berhampiran Karaj pada malam Jumaat, lapor Anadolu Ajansi yang memetik portal berita Iran, Khabaronline.

Satu letupan kuat di barat Teheran turut menyebabkan gangguan bekalan elektrik buat sementara waktu.

Serangan itu menandakan siri serangan terbaharu ke atas ibu negara Iran dan kawasan sekitarnya.

Secara berasingan, Anadolu melaporkan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mengancam untuk menyerang bandar Ras Al Khaimah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan menggesa penduduk supaya segera meninggalkan kawasan tersebut.

IRGC menyatakan bandar itu menjadi sasaran kerana ia telah digunakan untuk melancarkan serangan terhadap pulau-pulau milik Iran, selain memberi amaran bahawa serangan akan berlaku pada bila-bila masa.

Laporan itu menyebut kumpulan berkenaan menerbitkan peta pemindahan yang disertakan nota dan mengarahkan penduduk untuk menggunakan laluan yang ditandakan.

Ancaman tersebut menandakan peningkatan ketegangan yang ketara terhadap UAE, yang telah melaporkan pintasan dron dan peluru berpandu Iran sejak bermulanya serangan bersama Amerika Syarikat-Israel terhadap Iran pada 28 Februari. – Bernama

 

 

Ringkasan AI

  • Letupan berlaku di Tehran dan bandar berhampiran Karaj pada malam Jumaat
  • Letupan kuat di barat Tehran menyebabkan gangguan bekalan elektrik
  • Serangan menandakan siri serangan terbaharu ke atas ibu negara Iran dan kawasan sekitarnya
  • Kor Pengawal Revolusi Islam Iran mengancam untuk menyerang bandar Ras Al Khaimah di UAE
  • Ancaman kepada UAE menandakan peningkatan ketegangan yang ketara sejak serangan bersama Amerika Syarikat-Israel terhadap Iran
Scroll to Top