Liga Wanita Nasional medan cungkil bakat pemain

Liga Wanita Nasional medan cungkil bakat pemain

Para pemain Sabah meraikan kejayaan merangkul gelaran sulung LWN 2023 di Shah Alam pada Sabtu. – Foto Bernama

LIGA Wanita Nasional (LWN) 2023 yang melabuhkan tirainya pada Sabtu dianggap sebagai permulaan untuk kejohanan itu terus berkembang mencungkil bakat baharu untuk diserapkan dalam pasukan kebangsaan.

Pengendali skuad bola sepak wanita negara, Soleen Al-Zoubi berkata, beliau gembira dengan kejohanan tersebut yang mencapai matlamatnya dan turut memberikan peluang cukup besar untuk pemain mendapatkan minit permainan.

“Liga ini merupakan langkah yang cukup besar dan banyak lagi perkara kita mahu tambah baik dan fokus tetapi, ini hanyalah permulaan. Melalui liga ini kita belajar dan bergerak kehadapan.

“Jika kita nak dapatkan ramai pemain, kita perlu beri mereka peluang. Jika kita mahu pemain yang bagus, kita kena sediakan platform untuk mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang LWN di Stadium UiTM Shah Alam pada Sabtu.

Scroll to Top