“Lima Kali Suami Lafaz Talak” – Rumah Tangga 8 Tahun Terlerai, Acha Septriasa Sah Bercerai Selepas Setahun Duduk Berasingan

“Lima Kali Suami Lafaz Talak” – Rumah Tangga 8 Tahun Terlerai, Acha Septriasa Sah Bercerai Selepas Setahun Duduk Berasingan

Rumah tangga pelakon terkenal Indonesia, Acha Septriasa menemui titik noktah selepas hampir setahun hidup berasingan dengan suaminya, Vicky Kharisma.

Memetik laporan Berita Harian, Mahkamah Agama Jakarta Pusat mengesahkan perceraian antara Acha Vicky Kharisma berlaku sekitar 19 Mei lalu.

Keputusan itu dimuktamadkan selepas Vicky gagal menghadirkan diri ke sesi perbicaraan yang telah ditetapkan mahkamah.

Difahamkan, Acha memfailkan permohonan cerai pada 12 Disember 2024, susulan pergolakan rumah tangga yang berlarutan sejak lebih dua tahun lalu.

Berdasarkan salinan rasmi daripada Direktori Putusan Mahkamah Agung Republik Indonesia, pasangan itu dilaporkan sudah tidak tinggal sebumbung sejak Disember 2023.

“Bahawa plaintif dan defendan berpisah ranjang tidak dalam satu tempat kediaman bersama sejak Disember 2023 sehinggalah permohonan cerai didaftarkan pada 12 Disember 2024.

“Plaintif tidak ingin melanjutkan kehidupan bersama kembali dengan defendan,” jelas dokumen mahkamah tersebut.

Keretakan hubungan mereka dikatakan mula timbul sekitar Oktober 2021 hingga November 2024 apabila pergaduhan demi pergaduhan kerap berlaku antara pasangan ini.

Malah, Vicky telah melafazkan cerai terhadap aktres filem popular Heart dan juga penyanyi lagu Berdua Lebih Baik sebanyak lima kali.

“Ini membuat plaintif tidak reda terhadap defendan dan tidak berniat untuk meneruskan perkahwinan mereka,” menurut kenyataan lanjut dalam dokumen rasmi berkenaan.

Untuk rekod, Acha dan Vicky mendirikan rumah tangga pada 1 Disember 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Bridgia Kalina Kharisma, yang kini berusia tujuh tahun.

Sumber: Berita Harian, AGENSI

Scroll to Top