Lisa Surihani & Yusry sepakat namakan anak ketiga Yunos Laith

Lisa Surihani & Yusry sepakat namakan anak ketiga Yunos Laith

Selepas lima hari selamat melahirkan anak ketiga, pelakon terkenal Datin LIsa Surihani hari ini telah mendedahkan nama untuk bayi lelakinya itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Lisa dan suami, Yusry Abdul Halim sepakat memberikan nama Yunos Laith Bin Yusry kepada anak lelaki kedua mereka.

Menurut pelakon tersebut, maksud disebalik nama Yunos Laith adalah diambil bersempena nama seorang nabi dan Rasul iaitu Yunos A.S. Manakala Laith membawa pengertian keberanian seperti singa.

Pelakon filem Istanbul Aku Datang itu juga sempat menyertakan sekali gambar anak ketiganya itu bersama kakak dan abangnya yang terlihat gembira memangku adik bongsu mereka.

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan selamat datang kepada Yunos Laith yang dilahirkan pada 15 Jun 2021 iaitu bersamaan dengan tarikh lahir Yusry Abdul Halim.

Mereka juga sempat mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti ini sekali lagi apabila menimang seorang lagi anak lelaki setelah mempunyai dua orang cahaya mata sebelumnya iaitu, Yuhaira dan Yusof.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Instagram @lisasurihani

Scroll to Top