Lizzie dari kumpulan After School dituduh memandu dalam keadaan mabuk

SEOUL:  Penyanyi Lizzy yang merupakan ahli kumpulan After School, atau nama sebenarnya  Park Soo-young, telah didakwa kerana terlibat dalam kemalangan ketika memandu di bawah dalam keadaan mabuk.

Polis Gangnam Seoul dalam kenyataan berkata, Lizzy didakwa kerana melanggar akta pengangkutan jalan (memandu di bawah pengaruh alkohol).

Dia dituduh melanggar sebuah teksi di depannya di jalan do Cheongdam-dong, Gangnam-gu, Seoul sekitar pukul 10 malam padas 18 Mei lalu.

Ketika ditahan, paras alkohol dalam darah Lizzy membolehkan lesen memandunya dibatalkan.

Bagaimanapun Lizzy dan pemandu teksi itu tidak mengalami kecederaan.

Scroll to Top