Susulan isu tular di media sosial melibatkan kes seorang remaja mendakwa tinggal serumah dengan pocong ternyata menyorot perhatian ramai.
Ini termasuklah, pelakon Catriona Ross yang kelihatan berkongsi pandangan peribadinya berhubung isu tular tersebut.
Katanya menerusi hantaran di platform Threads, dia mengakui alam manusia dan jin tidak bersatu.
Justeru, dia sedikit sukar untuk mempercayai insiden yang menimpa remaja terbabit.
“Alam manusia dan alam jin tidak bersatu. Jadi bila saya baca kisah seorang wanita tinggal serumah dengan ‘penanggal’ atau ‘pocong’ yang menyerupai manusia sebagai housemate… otak saya struggle nak proses.
“Logik dan iman berperang. Tapi Allah la Pemilik segala rahsia,” katanya.
Mengulas lanjut, pelakon filem Qabil Khushry Qabil Igam ini mengakui sebagai umat Islam, dia percaya kepada perkara ghaib kerana ia termaktub dalam al-Quran.
“I believe in the unseen because it exists.
“Allah berfirman dalam al-Quran, ‘Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepada-Ku.’ (Adh-Dhariyat: 56).
“Alam ghaib itu wujud. Tapi…,” kongsinya.

Komen netizen








