Oh! Artis
Netizen kecoh lokasi nikah adik Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy dikatakan mirip gereja. Biar betul?
Baru-baru ini, majlis pernikahan adik kepada pelakon Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy menjadi bualan ramai di media sosial.
Namun apa yang lebih menarik perhatian bukanlah gaun, hiasan atau tetamu, tetapi lokasi pernikahan mereka yang dikatakan mirip rumah ibadah penganut Kristian.
Netizen persoal lokasi, ada kata macam gereja
Menerusi video yang dimuat naik ke TikTok, ada pengguna media sosial yang mempersoalkan pemilihan lokasi perkahwinan Ezlisa yang diadakan di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Rata-rata netizen berkata senibina bangunan tersebut kelihatan seakan gereja dan menganggap ia tidak sesuai dijadikan tempat berlangsungnya majlis akad nikah.


Namun begitu, ada juga yang tampil mempertahankan Ezlisa, menyatakan bahawa lokasi itu sebenarnya adalah bangunan akademik Islam dan pemilihan tempat tidak patut dijadikan isu besar.

Majlis diadakan secara tertutup
Untuk info, Ezlisa Loy dan Hafiz Azizi telah sah bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga serta kenalan rapat pada hari Ahad yang lalu.
Setakat ini, pasangan tersebut belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan isu lokasi pernikahan yang tular.
Pssttt! Kalau lokasi itu adalah institusi Islam, kenapa pula nak samakan dengan gereja hanya kerana senibina? Yang penting niat dan kesucian majlis tu sendiri, bukan rupa bentuk bangunan.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.