Lupa Ambil Duit Di Mesin ATM, Zara Zya Anggap Dah Lama Tak Bersedekah

Lupa Ambil Duit Di Mesin ATM, Zara Zya Anggap Dah Lama Tak Bersedekah

Pelakon Zara Zya berkata dia reda selepas duit miliknya lepas selepas dikeluarkan di mesin ATM kerana lupa untuk mengambilnya.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Zara berkongsikan kisah dimana dia ke bank untuk mengaktifkan kad miliknya dan mencubanya di mesin ATM, namun dia berlalu pergi tanpa mengambil wang.

BACA: Penyakit Cyst Disahkan Kanser Tahap Satu, Zara Zya Syukur Dapat Kesan Awal

Memetik mStar Online, Zara berkata meskipun kecewa namun dia percaya ada hikmah disebalik kecuaian yang berlaku serta beranggapan mungkin sudah lama tidak bersedekah.

“Kejadian berlaku di salah satu bank di Klang, Selangor. Saya ke ATM dalam waktu tengah hari. 

“Berapa jumlah wang yang dikeluarkan itu tak perlulah saya kongsi. Saya anggap tiada rezeki sebab dah lama tak bersedekah,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top