LZS bantu lapan keluarga mualaf terjejas pandemik Covid-19

KUALA LUMPUR – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memberi sumbangan kotak makanan kepada lapan keluarga mualaf terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menerusi hantaran di Facebook agensi itu memaklumkan, penyerahan bantuan itu melibatkan kawasan Tanjung Karang, Bestari Jaya, bandar Kuala Selangor, Bukit Rotan, Jeram dan Saujana Utama.

“Berdasarkan maklumat diterima daripada guru Pembimbing Asnaf Mualaf Daerah Kuala Selangor, LZS berkesempatan untuk menziarahi dan menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada pelajar terjejas akibat Covid-19.

“Semua lapan saudara baharu yang masih berusaha untuk meningkatkan ilmu tentang Islam ini kebanyakannya bekerja sendiri dan menerima upah harian,” katanya.

LZS berharap sumbangan tersebut dapat dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh penerima.

LZS juga mengucapkan terima kasih kepada pembayar zakat kerana wang disalurkan dapat membantu mereka memerlukan. – MalaysiaGazette