“Maaf Tomok, Aku Tak Merajuk Cuma Dah Tak Berminat” – Syuk 

“Maaf Tomok, Aku Tak Merajuk Cuma Dah Tak Berminat” – Syuk 

Bekas anggota kumpulan New Boyz iaitu Syuk akhirnya tampil memberikan respons pelawaan Tomok untuk hadir ke konsert kumpulan itu pada 5 Disember depan di Singapura.

Menerusi hantaran dipercayai di TikTok, Syuk mengucapkan terima kasih di atas jemputan berkenaan namun memaklumkan dia tidak berminat untuk sertai konsert berkenaan.

BACA: Tomok Mohon Bantuan Cari Syuk New Boyz

Sementara itu, Syuk berkata dia tidak merajuk mahupun berlaku perselisihan faham serta mendoakan agar konsert kumpulan tersebut berjalan lancar.

“Maaf Tomok, aku tak merajuk dan kita tak bergaduh pun. Aku cuma tak berminat nak join. Terima kasih kerana jemput untuk sertai konsert. Aku doakan New Boyz sukses selalu dan konsert berjalan lancar,” katanya.

Terdahulu, Tomok meminta bantuan orang ramai untuk mencari bekas pemain bes kumpulan itu serta memaklumkan kali terakhir berhubung pada sekitar tahun 2010.


Scroll to Top