“Macam bunyi lap cermin!” -Netizen terhibur dengar suara wanita ‘acah2’ bergaduh

Dengan adanya media sosial, pelbagai kreativiti yang dilakukan oleh setiap pengusaha untuk memastikan produk yang ingin dipasarkan mendapat perhatian ramai.

Agenda-agenda seperti marketing dengan cara bergaduh atau mencari sensasi sememangnya sudah boleh dibaca oleh netizen.

Namun begitu, ia tetap ditonton sebagai satu bentuk hiburan yang pastinya bukan ke arah yang positif.

Menerusi satu perkongsian semula seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @Adwinswidanta, dia telah memuat naik video beberapa orang wanita bergaduh dengan suara nyaring menggunakan dialek pantai timur.

Perkongsian tersebut nyata membuatkan ramai terhibur mendengar ‘pergaduhan’ itu dengan  menyifatkan suara yang nyaring berkenaan seperti bunyi orang mengelap cermin.

Rata-rata mereka langsung tidak mahu tahu apa yang berlaku dan hanya tertumpu memberi komen berkaitan bunyi suara yang didengar ketika itu.

Tak kurang juga yang menyamakan bunyi-bunyi tersebut seperti suara tapak kasut ketika bermain badminton di gelanggang yang agak mengilukan kepada sesiapa yang tidak tahan mendengarnya.

Posting tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @ahmadsyihan13 dan mempunyai ‘kronologi’ tersendiri.

Dalam beberapa video yang dimuat naik olehnya, memang ada beberapa wanita seperti usahawan kosmetik berada di situ dan membuat video bagi dimuat naik ke media sosial.

@ahmadsyihan13

Budak baru nak up ( interview ) @anienahq #fyp #fypシ #pageforyou

♬ original sound – Ang13 – Ang13

@ahmadsyihan13

Get yourself a right man, girls! @nraissfkaa @idkwutzmynamee @li5haliii @nuramalinacs #fyp #fypシ #foryoupage #esekeli

♬ original sound – Yo

Sumber: Twitter @Adwinswidanta, TikTok @ahmadsyihan13