Macarthur bukan lawan mudah – Kim Swee

Macarthur bukan lawan mudah – Kim Swee

SABAH FC menyifatkan aksi separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC menentang wakil dari Australia, Macarthur pada Selasa sebagai perlawanan yang sukar.

Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee turut menganggap pasukan lawan berada dalam prestasi terbaik kerana masih bersaing dalam kancah domestik berbanding skuad The Rhinos yang telah ‘berehat’ hampir dua bulan.

“Sudah tentu ia sukar susulan saingan liga kita sudah tamat Disember lalu dan kita tidak mengharungi sebarang perlawanan (kompetitif) sehinggalah esok (Selasa).

“Prestasi Macarthur juga amat baik kerana mereka belum tewas dalam tujuh aksi terakhir dan berada dalam kedudukan yang baik dalam liga.