Anak jati Selangor itu juga merasakan ilmu dan kemahiran latihan asas ketenteraan yang diserapkan kepada mereka dapat memupuk keyakinan dan disiplin tinggi dalam diri.
Pelatih PLKN harap tempoh latihan dipanjangkan
Seorang lagi pelatih berbangsa Orang Asli, Ivy Nurshafica Amaynie, 24, yang berasal dari Perkampungan Kemidak di Johor pula berkata, modul latihan PLKN berjaya meningkatkan jati dirinya dan secara tidak langsung menjadikannya lebih yakin untuk berinteraksi di khalayak ramai.
“Sebelum ini saya seorang malu berhadapan dengan orang ramai, selain tidak mempunyai keyakinan diri namun selepas menyertai latihan berkaitan modul kenegaraan dan jati diri, ianya berjaya menguatkan semangat dan mental.
“Saya yakin, sekiranya tempoh program ini dilanjutkan mungkin sehingga dua bulan atau tiga bulan, lebih banyak ilmu dan pemahaman yang kami akan pelajari,” katanya.
Kongsinya, antara pengalaman paling menarik apabila dia bergelar antara pelatih wanita terbaik dalam kumpulannya bagi latihan menembak menggunakan senjata api M16.

Artikel lain: PLKN 3.0 siri 1 bermula hari ini, tingkatkan semangat patriotisme generasi muda
Sementara itu, pelatih Muhammad Zulirfan Mustaqim Mohd Zukri, 18, berkata, sokongan keluarga menjadi pendorong buat dirinya bagi melalui latihan 45 hari program PLKN 3.0.
Katanya, latihan PLKN merupakan platform awal bagi dirina untuk mencapai impian mahu menjadi seorang anggota tentera.

“Latihan PLKN bagus dalam membina jati diri dan disiplin individu.
“Sebelum menyertai latihan, saya tidak tahu modul PLKN, banyak ilmu diperoleh setelah menyertai program ini,” katanya Muhammad Zulirfan Mustaqim.

Hari ini, seramai 116 pelatih PLKN 3.0 siri pertama berjaya menamatkan latihan selama 45 hari.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata jumlah berkenaan melibatkan 73 pelatih lelaki dan 43 pelatih wanita berusia antara 18 hingga 25 tahun.
Beliau berkata dalam siri itu terdapat empat pelatih gagal menamatkan latihan melibatkan dua pelatih atas sebab kesihatan serta masing-masing seorang mendapat panggilan menjalani latihan silat mewakili negara dan mendapat tawaran melanjutkan pengajian.
Katanya, penganjuran program PLKN 3.0 siri 1/2025 itu dianggap berjaya susulan modul latihan yang diterapkan melibatkan 30 peratus aspek kenegaraan dan 70 peratus ketenteraan diterima baik oleh pelatih.
Selain modul latihan kenegaraan dan ketenteraan pelatih turut diajar ilmu kemahiran insaniah, keusahawanan serta latihan teknikal dan vokasional bagi mempersiapkan diri mereka pada masa hadapan.
Sumber: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil), Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail), FB Kementerian Pertahanan Malaysia





