Majlis bacaan Yasin, tahlil setahun pemergian Tun Abdullah di Masjid Negara

Majlis bacaan Yasin, tahlil setahun pemergian Tun Abdullah di Masjid Negara

Kuala Lumpur: Majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena setahun pemergian Perdana Menteri kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, berlangsung di Masjid Negara di sini malam ini.

Majlis berkenaan dihadiri balu Allahyarham, Tun Jeanne Abdullah, serta anak-anak Tan Sri Kamaluddin dan Nori bersama suami Khairy Jamaluddin, serta ahli keluarga terdekat.

Hadir sama bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar, Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaafar, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta ratusan jemaah.

Bacaan Yasin dan tahlil yang bermula sejurus selepas solat Maghrib dipimpin Imam Masjid Negara Amir Adili Mohd Noor.

Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 14 April tahun lepas.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top