Beberapa jam sebelum sah bergelar isteri, Amira Othman sempat mengadakan majlis khatam Al-Quran bersama keluarga dan teman rapat.
Majlis yang berlangsung penuh sederhana itu memperlihatkan sisi tenang dan sopan Amira, seolah-olah menjadi simbol permulaan baharu dalam hidupnya.

Kehadiran orang tersayang menyerikan lagi suasana, dan jelas kelihatan Amira benar-benar menghargai detik ini sebagai persiapan rohani sebelum melangkah ke alam perkahwinan.


Ramai yang memuji cara Amira menjaga adab sepanjang majlis, menjadikan momen tersebut lebih istimewa buat dirinya yang bakal menukar status daripada rakan sekerja kepada pasangan halal.
Pssttt! Langkah Amira Othman wajar dijadikan contoh – sebelum mengejar bahagia di dunia, pastikan hati dipenuhi dengan keberkatan. Kehadiran para ustazah dalam majlis ini jelas menguatkan lagi makna sebenar sebuah persiapan menuju alam rumah tangga.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




