Malas Layan Trend Jamilah, Salina Saibi Tegur Isteri Orang ‘Menggeletis’ Dengan Que Haidar – “Bagi Orang Bujang Laluan”

Malas Layan Trend Jamilah, Salina Saibi Tegur Isteri Orang ‘Menggeletis’ Dengan Que Haidar – “Bagi Orang Bujang Laluan”

Pelakon, Salina Saibi menegur segelintir wanita berstatus isteri dan seorang ibu yang didakwa ‘menggeletis’ dengan aktor, Que Haidar yang semakin menjadi tumpuan ramai selepas tular membuat video trend Jamilah.

Menerusi platform Threads, Salina, 43, berkata seharusnya golongan tersebut memberi peluang kepada mereka yang masih bujang.

“Malas betul melayan trend Jamilah ni. Mengada saja semua, kemain ya mak-mak, isteri orang dengan Que Haidar.

“Bagi orang bujang laluan. Gedih sangat ya. Balik ke pangkal jalan semua,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen pula sempat menitipkan pesanan kepada Salina untuk menjaga penampilannya dan tidak memakai pakaian yang terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya.

Scroll to Top