Selepas memadam kesemua hantaran berkaitan isu dengan kakak iparnya, Bonda Rozita serta isteri kepada usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Shahida, pelakon Rebecca Nur Al Islam sekali lagi menarik perhatian warganet.
Menerusi satu hantaran terbaru di Instagram, Rebecca memuat naik foto ibunya yang sedang memegang telefon bimbit sambil menanti waktu solat Isya. Dalam kapsyen yang menyentuh hati, Rebecca berkongsi pesanan ibunya yang menjadi sumber kekuatan buat dirinya.
“While waiting for Isya. Mama pesan ‘Adik jangan sedih, biarkan dunia kecam kita, Allah ada’,” tulisnya.
Rebecca turut menyatakan tekadnya untuk kekal tabah dalam menghadapi pelbagai ujian dan fitnah.
“Jangan tengok la berita tu mama. Tak apa, inshaa-Allah anakmu kuat menempuhi dugaan fitnah dunia,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Rebecca Nur Al Islam mengambil keputusan untuk memadam semua hantaran berkaitan keluarga di media sosial selepas dinasihati oleh abang sulungnya.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Rebecca berkata dia menerima nasihat abangnya itu dengan hati terbuka selepas berlaku konflik pertelingkahan antara isteri usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri iaiu Datin Seri Shahida.
“Terima kasih Abang Long di atas nasihat malam ini. Demi menghormati Abang Long saya, saya terima segala teguran, nasihat dan seperti biasa kasih sayang dan kata-kata positif yang dicurahkan pada malam ini.
“Love you Along. Adik sayang Along sangat-sangat. Kita semua sekeluarga sentiasa mendoakan Along sihat dan bahagia bersama isteri dan anak-anak tecinta.
“Saya akan padam segala-galanya. Air dicincang tak akan putus,” katanya dalam hantaran tersebut.




