Man Utd kenduri gol belasah Southampton

Menu Southampton results

London: Manchester United menyamai kemenangan terbesar dalam Liga Perdana apabila mereka membelasah Southampton yang bermain sembilan orang, 9-0 sebentar tadi.
United meledak empat gol dalam babak pertama selepas pemain tengah remaja Southampton, Alexandre Jankewitz dibuang padang pada minit kedua di Old Trafford.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer menemui lima lagi jaringan selepas rehat, menyamai kemenangan 9-0 Leicester mengatasi Southampton pada 2019 dan rekod United sendiri 9-0 mengatasi Ipswich pada 1995.

Aaron Wan-Bissaka membuka jaringan dan Marcus Rashford menambah gol kedua United. Gol sendiri Jan Bednarek menjadikan 3-0 buat tuan rumah sebelum Edinson Cavani menambah jaringan keempat.

Gol terus hadir apabila Anthony Martial dan Scott McTominay turut menemui gawang sebelum penalti Bruno Fernandes selepas Bednarek dibuang padang. Martial dan Daniel James meledak pada tamat permainan untuk melengkapkan kemenangan besar United. – AFP

Malay News
Sports Desk