“Mana Betina Punca Porak Peranda Ni, Senyap Je?” – Nabila Huda | Oh! Artis – Oh! Media

“Mana Betina Punca Porak Peranda Ni, Senyap Je?” – Nabila Huda | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Hantaran terbaru Nabila Huda sekali lagi raih perhatian, katanya kali ini buku bertemu ruas.


Pelakon Nabila Huda menyeru individu yang menjadi punca porak peranda tampil menjernihkan keadaan. Walaupun tidak menyebut sebarang nama, perkongsian beliau dipercayai merujuk kepada isu hangat kini.

BACA: “Kau Tu Pelac*r Berstatus Datin Je, Ingat Kau Besar Sangat Ke?” – Nabila Huda

Luahan Nabila Huda undang perhatian

Katanya, individu berkenaan hanya mementingkan kekayaan serta status dan membiarkan orang lain terus dikecam.

Menurut Nabila Huda, individu berkenaan sudah bertemu buku dengan ruas apabila ada yang berani bersuara.

Sebelum ini, Nabila mendakwa ramai yang sudah menjadi mangsa tetapi mendiamkan diri kerana hormat dan menjaga air muka si suami.

“Buat malu jelah, buku bertemu ruas”

Nabila Huda

Jelas Nabila, dia mengenali si suami sebagai seorang yang sangat merendah diri dan baik.

Malah, dia banyak belajar nilai-nilai murni daripada figura terkenal itu dan menerapkan dalam diri.

Dalam perkongsian kali ini, Nabila sekali lagi berkata ianya sekadar monolog untuk projek baru dan tidak menyebut nama sesiapa.

Pssttt! Siapa je tahan lihat individu yang rapat dengan keluarga menjadi mangsa kecaman kan? Semoga dipermudahkan semua urusan.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top