PENYANDANG juara, Manchester City bangkit daripada kekecewaan diikat Crystal Palace aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu apabila mara ke perlawanan akhir Piala Kelab Dunia pada Rabu.
Juara Eropah itu mara ke perlawanan akhir selepas mudah mengetepikan cabaran juara Liga Juara-Juara Asia, Urawa Red Diamonds di Stadium Bandar Sukan Raja Abdullah, 3-0.
Kemenangan angkatan kendalian Pep Guardiola itu membolehkan gergasi Inggeris tersebut berdepan juara Copa Libertadores Amerika Selatan, Fluminense dari Brazil.
Bagaimanapun, persembahan teratur kelab Liga Jepun itu menyaksikan Manchester City hanya mampu merobek gawang lawan hasil jaringan sendiri Marius Hoibraten pada minit ke-46 masa kecederaan.



