Manchester City siap sedia harungi gelora lawan tipikal Brazil

Manchester City siap sedia harungi gelora lawan tipikal Brazil

JUARA Eropah, Manchester City giat mengkaji rakaman kelab Brazil, Fluminense yang disifatkan bukan biasa-biasa dalam usaha gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu merangkul kejuaraan Piala Dunia Kelab, kata pengendali City, Pep Guardiola.

“Kami cuba dalam beberapa jam selepas perlawanan (terakhir kami) untuk melihat Fluminense sebanyak mungkin, melihat pada kualiti yang dimiliki kelab Brazil ini.

“Ya, mereka mempunyai lima, enam atau tujuh pemain yang berusia lebih 30 tahun jadi bermakna Fluminense boleh mengawal emosi dengan sempurna.

“Mereka memainkan gaya tipikal Brazil dari 1970-an, 80-an dan 90-an.