FAM terima RM35 juta daripada FIFA

FAM terima RM35 juta daripada FIFA

Foto Facebook Football Association of Malaysia

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menerima AS$7.6 juta (kira-kira RM35 juta) daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menerusi Program Pembangunan ‘FIFA Forward’ dari 2016 hingga 2022.

Menurut laporan FIFA Forward Global mengenai aktiviti pembangunan yang dikeluarkan badan induk bola sepak dunia itu hari ini, ia berjumlah 78.6 peratus daripada jumlah keseluruhan AS$9.9 juta bagi Malaysia.

Laporan itu menyatakan, AS$2.5 juta telah dibelanjakan untuk pentadbiran dan tadbir urus manakala AS$1.6 juta disalurkan untuk infrastruktur dan AS$1.3 juta bagi pertandingan dalam dua kitaran pertama program antara 2016-2022.

Inisiatif bola sepak wanita menerima AS$0.7 juta diikuti perbelanjaan operasi bola sepak yang tidak digunakan/bola sepak (AS$0.7 juta), pembangunan kapasiti (AS$0.4 juta), peralatan dan lain-lain (AS$0.2 juta) dan pasukan kebangsaan (AS$0.2 juta).

Scroll to Top