LONDON: Manchester United dilaporkan membuat langkah mengejut dengan membuka perbincangan bersama Dominic Calvert Lewin, selepas kontraknya dengan Everton tamat iaitu satu strategi bijak menjana kekuatan serangan tanpa kos perpindahan.
Menurut laporan, pengurusan baharu kelab berniat menjadikan Calvert Lewin sebagai pilihan alternatif menjelang musim hadapan, selepas gagal untuk mengikat sasaran utama seperti Viktor Gyokeres dan Victor Osimhen.
Penyerang England berusia 28 tahun itu dilihat menawarkan pengalaman dan mampu memberi impak kepada barisan serangan United, terutama dengan rekod agak positif bersama Everton sebelum mengalami kecederaan.
United dalam usaha menyelesaikan beberapa perpindahan besar musim ini termasuk Matheus Cunha dan Bryan Mbeumo, namun isu kewangan memaksa mereka mencari alternatif lebih ‘low-cost’ seperti Calvert Lewin
Jurulatih Manchester United, Ruben Amorim, dikatakan terbuka meletakkan penyerang veteran itu sebagai pilihan ketiga atau keempat iaitu peranan yang sesuai dengan sejarah kecederaan Calvert Lewin dan statusnya sebagai pemain alternatif
Beberapa laporan turut menyebut nama lain seperti Jamie Vardy dan Callum Wilson sebagai calon percuma, tetapi Calvert Lewin dikatakan menjadi keutamaan kerana sesuai dengan model taktikal dan kewangan United.
Calvert Lewin menjadi perbualan hangat peminat selepas mengumumkan perpisahan dengan Everton, kelab yang diwakili selama sembilan tahun sejak menyertai pada 2016.
© New Straits Times Press (M) Bhd
