Mangsa banjir di Kelantan cecah 24,654

Mangsa banjir di Kelantan cecah 24,654

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 24,654 mangsa sehingga malam ini.

Kesemua mangsa banjir membabitkan 7,364 keluarga itu ditempatkan di 138 pusat pemindahan sementara.

Sehingga jam 10.30 malam ini, sembilan daerah masih dilanda banjir dan keadaan hujan lebat masih berterusan.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas merekodkan mangsa paling ramai iaitu 8,802 mangsa diikuti Tanah Merah (3,045 mangsa) dan Kuala Krai (2,765 mangsa).

Manakala, Pasir Puteh merekodkan (2,494 mangsa) diikuti Kota Bharu (2,135 mangsa), Tumpat (1,731 mangsa), Machang (1,728 mangsa), Bachok (1,193 mangsa) dan Jeli merekodkan 762 mangsa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top