nfazlina@nstp.com.my
Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 651 mangsa malam ini dengan tiga daerah kini dilanda banjir.
Sehingga 10 malam, tiga daerah dilanda banjir iaitu Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa membabitkan 185 keluarga itu ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS).
Tanah Merah merekodkan mangsa paling ramai iaitu 434 mangsa membabitkan 132 keluarga yang berada di 12 PPS.
Kuala Krai pula merekodkan 133 mangsa membabitkan 32 keluarga dan Machang mencatatkan 84 mangsa daripada 21 keluarga.
© New Straits Times Press (M) Bhd
