Mangsa buli tuntut maaf, kejadian 30 tahun lalu masih segar dalam ingatan!

Mangsa buli tuntut maaf, kejadian 30 tahun lalu masih segar dalam ingatan!

Seorang individu tanpa mendedahkan identitinya memberitahu dia pernah jadi mangsa buli ketika berusia 9 tahun di sebuah sekolah agama.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X, individu tersebut menceritakan semula kejadian yang masih segar dalam ingatannya meskipun ia sudah berlaku 30 tahun lalu.

Mangsa buli

“Aku mangsa buli masa umur 9 tahun. Sekolah agama. Si pembuli ni dah tingkatan 1. Tuang gam kat baju dari belakang. Naik bas sekolah yang sama. Ada sekali aku dah turun bas, aku maki dia.
“Esoknya kena tarik, kena lempang banyak kali dalam bas, kena ludah. Dengan dia dan geng-geng dia. Tak ada seorang back up sebab dia ada geng,” ujarnya.

Gambar hiasan

Artikel lain: Salur terus kepada kementerian, lapor kejadian buli di portal AduBuli

Bagaimanapun, individu tersebut mengatakan dia kini kerap bertemu dengan si pembuli ketika sudah dewasa bersama anaknya di tempat awam.

Akui masih berdendam, individu tersebut tuntut kata maaf daripada si pembuli dan mencabar untuk berhubung dengannya bagi melunaskan ‘hutang’ 30 tahun lalu.

mangsa buli

Gambar hiasan

‘”Dah besar, selalu terserempak. Darah auto mendidih. Aku boleh cacatkan dia anytime sekarang. Tapi masalahnya biasa terjumpa kat tempat awam. Dan dia dengan anak dia.
“Fikri, sekolah agama batu 10, Skudai Johor, tahun 1993, kau hutang dengan aku satu kemaafan. Private message (PM) aku kalau berani,” katanya.

Sumber: X @sidchan