“Iman Pun Naik Turun, Hati Kadang Kuat, Kadang Lemah” 

“Iman Pun Naik Turun, Hati Kadang Kuat, Kadang Lemah” 

Pelakon Nora Danish berkata apabila seseorang itu berubah untuk ke arah lebih baik bukan bermakna dirinya sudah sempurna tetapi sedang belajar.

Menerusi perkongsian di Threads, Nora berkata meskipun ada masa iman naik turun namun individu itu berusaha untuk menjadi diri lebih baik.

BACA: Nora Danish Dah Putus Dengan Mickey Ayo

“Dan bila sampai satu tahap kita cuba berubah jadi lebih baik, itu bukan bermaksud kita dah sempurna. Kita cuma sedang belajar… perlahan-lahan.

“Iman pun naik turun. Hati pun kadang kuat, kadang lemah. Tapi sekurang-kurangnya hari ini, kita cuba jadi versi diri yang lebih baik daripada semalam. Sebab dalam hidup ni, semua orang tengah berjuang dengan diri sendiri,” katanya.

Perkongsian Nora itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju bahawa penghijrahan memerlukan istiqamah yang tinggi lebih-lebih lagi perlu berlawan dengan ‘diri sendiri’.


Scroll to Top