Mari Mengundi… Jom Semak Pencalonan Top 10 Untuk Semua Kategori Anugerah Melodi Terhangat 2025!

Mari Mengundi… Jom Semak Pencalonan Top 10 Untuk Semua Kategori Anugerah Melodi Terhangat 2025!

Selepas hampir satu dekad menyepi, Anugerah Melodi kembali dengan wajah dan semangat baharu menerusi Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025). Tidak seperti anugerah hiburan biasa, AMT 2025 meraikan bukan sahaja populariti, tetapi juga pengaruh sebenar dalam dunia digital dan sosial.

Dengan kategori yang lebih segar dan relevan, AMT 2025 mencerminkan perubahan landskap hiburan masa kini yang ditentukan sepenuhnya oleh suara dan sentimen rakyat. Dengan 100 peratus undian awam melalui Tonton, kuasa sebenar kini di tangan peminat.

Mengangkat tagline ‘Hangat Bukan Beshe-Beshe’, AMT 2025 mempersembahkan rangkaian kategori anugerah yang lebih relevan dan trending, cerminan sebenar dunia hiburan moden masa kini, antaranya:

  1. Selebriti Drama Sangat Terhangat: Dianugerahkan kepada pelakon dari drama dengan rating tertinggi, dinilai berdasarkan mutu lakonan dan impak tular di media sosial, tidak semestinya watak utama.

  2. Tonton Original Terhangat: Tonton Original Series atau Movies yang disiarkan antara Januari 2024 hingga Jun 2025 dan mencetus impak positif melalui jumlah tontonan serta perbualan di media sosial. Penilaian merangkumi pengarahan, jalan cerita, pemilihan pelakon dan nilai keseluruhan karya.

  3. Selebriti Ikon Terhangat Dikuasai oleh Samsung Galaxy: Selebriti berpengaruh yang memberi impak positif kepada industri hiburan, memiliki pencapaian tersendiri dan imej yang kukuh, meskipun pernah terpalit kontroversi, namun mengendalikannya dengan penuh profesionalisme.

  4. Selebriti Couple Goals Terhangat: Pasangan selebriti yang mencuri perhatian ramai dan mencetus fenomena tular menerusi kisah cinta atau kehidupan peribadi yang menjadi bualan hangat.

  5. Selebriti Maskulin Terhangat: Selebriti lelaki berpenampilan maskulin yang kekal relevan dalam industri, serta sering menjadi pilihan penerbit untuk membintangi drama dan program hiburan.

  6. Selebriti Feminin Terhangat: Selebriti wanita yang mengekalkan penampilan menawan serta bijak menangani kontroversi dengan kematangan dan profesionalisme.

  7. Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat: Penyanyi yang aktif dan konsisten menghasilkan karya muzik baharu, serta kerap menjadi sorotan dalam temubual dan segmen Melodi.

  8. Selebriti Trending Terhangat: Selebriti atau personaliti dengan jumlah tontonan dan interaksi tertinggi di TikTok Melodi Berapi, sekaligus muncul sebagai antara nama paling trending sepanjang tahun.

  9. Selebriti Stailo Terhangat: Selebriti yang menjadi inspirasi atau ikon fesyen melalui penampilan bergaya, konsisten dengan identiti diri, serta aktif menghadiri acara fesyen dan berkolaborasi dengan jenama. Berani bereksperimen dengan gaya baharu sambil kekal relevan dalam industri.

  10. Selebriti Newcomer Terhangat: Selebriti baharu yang mencipta impak besar dalam masa singkat melalui bakat, populariti, pengaruh media sosial dan penerimaan positif dalam industri hiburan.

  11. Anugerah Melodi Terhangat (Ultimate Award): Kemuncak malam itu adalah Ultimate Award Anugerah Melodi Terhangat 2025, penghargaan tertinggi kepada figura paling berpengaruh berdasarkan impak positif, momen tular, serta sokongan dan interaksi awam sepanjang tahun.

  12. Anugerah Pilihan X50 Superstar: Sebagai Rakan Kereta Rasmi dan Penaja Bersama, PROTON menggegarkan AMT 2025 dengan Anugerah Pilihan X50 Superstar, berlangsung dari 5 hingga 26 Julai 2025. Selebriti, KOL dan pencipta kandungan diberi cabaran untuk menghasilkan video paling kreatif bersama All-New PROTON X50 dan pemenang utama bakal membawa pulang sebuah X50 serba baharu!

Setiap kategori mencerminkan evolusi hiburan semasa dari kaca TV ke skrin telefon, dari persembahan atas pentas ke impak digital. AMT 2025 meraikan bukan sekadar populariti, tetapi pengaruh sebenar yang membentuk naratif hiburan Malaysia hari ini.

Undian AMT 2025 kini dibuka hingga 31 Julai 2025! Sokong calon terhangat pilihan anda dengan mudah, layari www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat. Daftar akaun Tonton dan langgan pelan TontonUP untuk mengundi: 1 bulan = 500 undian, 3 bulan = 2,500 undian. Dengan 100% undian awam melalui Tonton, kuasa sebenar kini di tangan peminat.

SENARAI PENCALONAN TOP 10 ANUGERAH MELODI TERHANGAT

1. SELEBRITI DRAMA SANGAT TERHANGAT
Sarimah Ibrahim
Siti Elizad
Redza Rosli
Zahiril Adzim
Siti Khadijah
Shukri Yahaya
Puteri Balqis
Ummi Nazeera
Nabila Huda
Datuk Rosyam Noor

2. TONTON ORIGINAL TERHANGAT
SeOfis
Perempuan Ilmu Hitam
Kuih Muah
Perempuan Paling Merana
Menanti Yang Pasti
Salju Rindu Di Bumi Auckland
Marina
Langit Ke Tujuh
Bru
Anak-Anak Mafia

3. SELEBRITI IKON TERHANGAT DIKUASAI OLEH SAMSUNG GALAXY
Aina Abdul
Shukri Yahaya
Fasha Sandha
Janna Nick
Alif Satar
Siti Saleha
Ernie Zakri
Neelofa
Yuna
Khairul Aming

4. SELEBRITI COUPLE GOALS TERHANGAT
Nabil Mahir & Ayda jebat
Fattah Amin & Amira Othman
Aidil Aziz & Fasha Sandha
Syed Saddiq & Bella Astillah
Keith Foo & Riena Diana
Dini Schatzmann & Janna Nick
Syamel & Ernie Zakri
Syafiq Kyle & Mimi Lana
Akhyar Rashid & Eyka Farhana
Datuk Azraf & Intan Najuwa

5. SELEBRITI MASKULIN TERHANGAT
Datuk Rosyam Noor
Faizal Hussein
Zamarul Hisham
Dato’ Adi Putra
Fattah Amin
Redza Rosli
Syafiq Kyle
MK K-Clique
Remy Ishak
Sharnaaz Ahmad

6. SELEBRITI FEMININ TERHANGAT
Nora Danish
Amyra Rosli
Fazura
Hannah Delisha
Zahirah MacWilson
Daiyan Trisha
Nabila Razali
Sophia Al-Barakbah
Anna Jobling
Erysha Emyra

7. SELEBRITI MUZIK PALING ONZ & TERHANGAT
Aina Abdul
Hael Husaini
Amir Masdi
Ernie Zakri
Marsha Milan
Nadeera Zaini
Dolla
Khai Bahar
Mimifly
Defam

8. SELEBRITI TRENDING TERHANGAT
Diana Danielle
BASS
Cik Epal
Nadzmi Adhwa
Alya Iman
Erma Fatima
Emma Maembong
Uqasha Senrose
Ain Edruce
Puteri Balqis

9. SELEBRITI STAILO TERHANGAT
Daiyan Trisha
Aiman Hakim
Ayda Jebat
Ikmal Amry
Aedy Ashraf
Ummi Nazeera
Mierul Aiman
Sofea Shra
Mimi Lana
Nazim Othman

10. SELEBRITI NEWCOMER TERHANGAT
Amir Ahnaf
Zarif Ghazzi
Fitri Farok
Muaz Zabir
Jazmy Juma
Siti Hariesa
Shaza Bae
Puteri Khareeza
Sharifah Rose
Alya Iman

11. ANUGERAH MELODI TERHANGAT 2025 – ULTIMATE AWARD

12. ANUGERAH PILIHAN PROTON X50 SUPERSTAR

Scroll to Top