Oh! Artis
Azhar Sulaiman berkata budak-budak sekarang terlalu bijak mencari bahan terlarang di internet.
Pelakon dan arkitek terkenal, Azhar Sulaiman, berpendapat Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek, tak wajar dipersalahkan susulan beberapa kejadian yang berlaku di sekolah baru-baru ini.
BACA: Tak Ambil SPM Di Sekolah Asal, Suspek Kes Salah Laku Seksual Di Melaka Dibuang Serta-Merta
Dalam satu hantaran video, Azhar berkata, tindakan menuding jari kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau pihak sekolah tidak patut kerana punca utama datang daripada penggunaan gajet yang tidak terkawal.
“Jangan salahkan menteri, semua dah buat yang terbaik”
Azhar atau lebih mesra disapa Abe Har berkata, semua pihak sudah melakukan yang terbaik untuk menjaga keselamatan anak-anak.
Namun, anak-anak zaman sekarang lebih bijak mencari bahan-bahan terlarang walaupun ibu bapa menyekat penggunaan handphone.
Kalau tak dapat telefon yang boleh akses internet, mereka guna komputer riba ibu bapa. Budak-budak sekarang memang pandai nak cari bahan. Mungkin bagi anak pakai walkie-talkie je habis cerita.
Banding dengan Singapura, terus keluar warning kalau akses laman web haram

Beliau turut membandingkan situasi itu dengan sistem pendidikan di Singapura yang mempunyai kawalan lebih ketat terhadap akses digital pelajar.
Kalau di Singapura, kalau kalian taip sahaja alamat tak tentu pasal, keluar amaran pada kamu.
Dalam masa sama, Azhar menyeru agar semua pihak termasuk ibu bapa, guru dan masyarakat berganding bahu untuk mendidik pelajar supaya menggunakan teknologi dengan selamat dan bertanggungjawab.
Pssttt! Dalam isu ni, apa yang Azhar cakap ada betulnya. Kadang-kadang, masyarakat terlalu cepat menuding jari tanpa menilai faktor sebenar. Teknologi ni penting, tapi tanpa kawalan, ia boleh jadi punca masalah. Jadi, bukan soal salah siapa tapi soal siapa yang sanggup bertindak.
Kredit: Facebook Azhar Sulaiman
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.



