Masih ada yang degil, main mercun selepas 12 tengah malam

Masih ada yang degil, main mercun selepas 12 tengah malam

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Meskipun Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan amaran tidak bermain mercun selepas 12 tengah malam, masih ada pihak yang didapati ingkar.

Tinjauan Harian Metro di beberapa lokasi sekitar Sri Manja dan Sungai Way, di sini mendapati bunyi dentuman mercun masih rancak selepas tengah malam Tahun Baru Cina.

Ada penduduk yang seolah ‘bertanding’ bunga api dengan aktiviti berlangsung selama beberapa minit, malah ada yang sehingga 1 pagi.

Selain kawasan itu, bunyi mercun turut kedengaran di sekitar Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Setiausaha PDRM Deputi Komisioner Alzafny Ahmad dilapor berkata, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) atau Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 jika pihak didapati melanggar peraturan dengan bermain mercun selepas 12 tengah malam.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya bermain bunga api di kawasan yang lapang dan tidak mengganggu ketenteraman awam serta mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top