Mat Yo mohon bantuan Tunku Ismail

Mat Yo mohon bantuan Tunku Ismail

Hantaran Mat Yo di laman Instagramnya.

BEKAS pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha memohon bantuan daripada Penaung Persatuan Pemain Bola Sepak Malaysia (PFAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas Melaka United masih degil untuk melunaskan tunggakan gajinya.

Menurut Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, isu gaji tersebut sudah terlalu lama dan mengharapkan Tunku Ismail dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.

“@hrhcrownprinceofjohor Matyo masih menunggu perkhabaran dari Tunku untuk mengadap. Terlalu lama akan masalah @melakautdfc_official tidak melunaskan gaji.

“Tunku sebagai penaung PFAM harap dapat mendengar dan membantu akan masalah kami. Saya juga bekas pemain JDT dan pemain kebangsaan di bawah naungan Tunku harap sangat Tunku dapat membantu,” tulisnya dalam laman Instagram.

Scroll to Top