Mayat ditemukan tanpa kepala dan kemaluan – Utusan Digital

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

PEKANBARU: Seorang remaja lelaki yang hanya dikenali MA dilaporkan maut dibaham harimau di Kampung Teluk Lanus, daerah Siak, Riau kelmarin.

Lapor Kompas.com, mangsa maut akibat kecederaan parah yang dialaminya, menyaksikan kepala dan kemaluannya hilang.

Menurut polis, mangsa pada mulanya masuk ke ladang kelapa sawit dan duduk di tepi sungai untuk mencari talian internet bagi menggunakan telefon bimbit.

Mangsa merupakan anak kepada tukang bersih ladang yang tinggal di kuarters pekerja.

“Bekalan elektrik terputus di kuarters, menyebabkan mangsa dan adiknya masuk ke dalam ladang untuk mencari talian internet.

“Tidak lama selepas itu, adiknya pulang ke kuarters dan tinggal mangsa keseorangan di dalam ladang,” kata jurucakap polis, Wahyudi.

Jelasnya, bapa mangsa kemudiannya mencari anaknya di dalam kawasan ladang namun tidak menemuinya sebelum dia meminta bantuan pekerja lain.

Selepas pencarian, mayat mangsa ditemukan kira-kira 200 meter dari kuarters.

“Polis percaya, mangsa dibaham harimau ketika leka bermain telefon bimbit dan mayatnya diseret ke dalam hutan.

“Mayat mangsa ditemukan tanpa kepala serta kemaluan dan jenazah akan dibawa ke kampung halamannya di Nias, Sumatera Utara untuk dikebumikan,” ujar Wahyudi.