Isu video tular membabitkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah yang didakwa melepaskan tembakan terhadap seekor lembu korban yang mengamuk akhirnya mendapat penjelasan pihak polis.
Menurut polis, Abu Bakar disahkan mempunyai lesen senjata api yang sah bagi selaras senapang patah yang digunakan dalam kejadian di Dataran Lok 9, Kuala Perlis, kelmarin.
Rampasan dibuat pihak polis

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihak polis tetap membuat rampasan terhadap senapang patah terbabit bersama sembilan butir peluru jenis ‘buckshot’ bagi membantu siasatan lanjut.
Polis mengesahkan menerima satu laporan daripada orang awam pada jam 4.51 petang semalam berhubung hantaran video tular berdurasi 38 saat yang memaparkan kejadian di Dataran Lok 9, Kuala Perlis itu.
Bertindak atas maklumat, polis sudah merakam keterangan Menteri Besar. Tindakan (melepaskan tembakan) dikatakan dibuat kerana lembu berkenaan mengamuk dan mengancam petugas serta orang awam di Program Ibadah Korban Perdana Kuala Perlis.
Yusharifuddin berkata, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 (Akta 206).
Seksyen itu melibatkan perbuatan melepaskan tembakan di tempat awam.
Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun dan denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Dalam masa sama, pihak polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.
Pssttt! Dalam isu seperti ini, paling penting adalah memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan secara telus tanpa sebarang spekulasi melampau.
Walaupun tindakan itu dikatakan dibuat ketika situasi cemas kerana lembu korban mengamuk dan mengancam keselamatan orang awam, prosedur undang-undang tetap perlu dipatuhi lebih-lebih lagi apabila melibatkan penggunaan senjata api di tempat awam.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




