MB Perlis sahkan pertemuan dengan Takiyuddin

MB Perlis sahkan pertemuan dengan Takiyuddin

KANGAR: Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah mengesahkan pertemuan dengan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Kuala Lumpur, pada Isnin lepas.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan secara lanjut berhubung butiran dibincangkan semasa pertemuan itu.

Abu Bakar berkata, kepimpinan peringkat tertinggi PN juga akan membuat pengumuman selepas ini susulan pertemuan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita teruskan perjuangan hingga habis dan kita terus kekal dalam kerajaan PN, tidak ada masalah. Hubungan antara kita, antara siapa-siapa yang mentadbir, semua kawan dan kita akan terus bagi kerjasama terbaik.

“Kita tunggulah, yang itu saya rasa kepimpinan peringkat pusatlah terutama PN akan umumkan sesuatu,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan Alat Inovasi Pertanian Pintar Habaqqq NPK (STI) di Hotel Seri Malaysia, di sini, hari ini.

Takiyuddin sebelum ini memaklumkan pimpinan gabungan itu akan mengadakan pertemuan dengan Abu Bakar dalam mencari penyelesaian berhubung kemelut politik di Perlis.

Ia rentetan penggantungan keahlian Abu Bakar dalam Bersatu selama dua penggal pemilihan parti berkuat kuasa 13 Oktober lalu.

Pada 3 Jun lalu, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah mahu Abu Bakar diberikan ruang untuk terus memimpin Perlis sehingga tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir.

Ketika merasmikan Penggal Persidangan Keempat DUN Perlis Ke-15, baginda turut mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bahawa pentadbiran negeri ketika ini adalah kerajaan pilihan baginda, selain bertitah kestabilan politik adalah kriteria penting bagi mengekalkan keyakinan pelabur-UTUSAN

Scroll to Top