McDonald’s Malaysia raikan warga pendidik seluruh negara

McDonald’s Malaysia raikan warga pendidik seluruh negara

SETAPAK – McDonald’s Malaysia meneruskan tradisi dengan menganjurkan Sambutan Hari Guru 2026 yang kini memasuki tahun ke-10, bertujuan meraikan golongan pendidik di seluruh negara.

Sempena Sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini, McDonald’s Malaysia mengiktiraf peranan penting warga pendidik yang membentuk generasi masa depan serta menyumbang kepada pembangunan negara.

Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, penghargaan terhadap warga pendidik adalah sebahagian penting usaha penglibatan komuniti berterusan syarikat.

Jelas beliau, ia sekali gus mencerminkan komitmen McDonald’s Malaysia untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

Guru-guru daripada SMK Bandar Baru Sentul diraikan dalam majlis Sambutan Hari Guru McDonald's Malaysia

Guru-guru daripada SMK Bandar Baru Sentul diraikan dalam majlis Sambutan Hari Guru McDonald’s Malaysia

Selaras dengan itu, kata beliau, komitmen tersebut akan diterjemahkan menerusi lebih 300 restorannya di seluruh negara sebagai pusat sentuhan komuniti untuk mendekati sekolah-sekolah berhampiran dan menjalinkan hubungan lebih erat dengan guru.

“Inisiatif yang berlangsung sepanjang Mei ini dijangka melibatkan ratusan sekolah dan ribuan pendidik di seluruh negara, sekali gus mengukuhkan peranan McDonald’s Malaysia sebagai rakan komuniti yang bukan sahaja memberi perkhidmatan kepada pelanggan, malah aktif menyokong masyarakat di kawasan operasinya.

“Guru memainkan peranan penting dalam membentuk individu dan memperkukuh komuniti, dengan impak yang melangkaui bilik darjah,” katanya ketika Sambutan Hari Guru 2026 McDonald’s Malaysia di McDonald’s Titiwangsa, di sini pada Isnin.

Hadir sama, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Impak McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.

Guru-guru daripada SMK Bandar Baru Sentul diraikan dalam majlis Sambutan Hari Guru McDonald's Malaysia di sini pada Isnin. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB.

Guru-guru daripada SMK Bandar Baru Sentul diraikan dalam majlis Sambutan Hari Guru McDonald’s Malaysia di sini pada Isnin. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB.

Guru sekolah yang diraikan dalam majlis Sambutan Hari Guru 2026 McDonald’s Malaysia antaranya dari Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Bandar Baru Sentul, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa dan SJKC Chiao Nan.

Pengarah Komunikasi Korporat McDonald’s Malaysia, Shamsidar Yahya memaklumkan, inisiatif hari guru yang dianjurkan sejak 2017 berkembang menjadi usaha berskala nasional sekali gus membolehkan syarikat berinteraksi secara langsung dengan sekolah serta menyampaikan penghargaan.

Tambah beliau, pihaknya percaya bahawa sudah menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan insan penting seperti guru benar-benar dihargai dan diraikan.

“Sejak diperkenalkan pada 2017, inisiatif ini menjadi tunjang utama Program Komuniti @ McDonald’s melibatkan lebih 10,000 aktiviti komuniti.

“Daripada membantu keluarga yang memerlukan hinggalah menghargai petugas barisan hadapan dan guru, program tersebut mencerminkan komitmen berterusan McDonald’s Malaysia dalam membawa perubahan positif dan nyata kepada kehidupan rakyat di negara ini,” ujarnya.

Kempen tahun ini dimulakan dengan aktiviti komuniti di Pulau Pinang dan kini sedang diperluaskan ke seluruh negara.

Inisiatif tersebut mencapai kemuncaknya menerusi sambutan di McDonald’s Titiwangsa Drive-Thru yang menghimpunkan pendidik daripada sekolah berhampiran bagi menghargai dedikasi dan komitmen mereka.

Sebagai tanda sokongan tambahan, McDonald’s juga akan menyalurkan sumbangan tunai bagi membantu kerja-kerja baik pulih dan penambahbaikan kemudahan bilik guru.

Shamsidar ketika majlis tersebut turut menyampaikan sumbangan penambahbaikan bilik guru bernilai RM5,000 kepada wakil sekolah yang hadir.

Scroll to Top