McGregor dilanggar kereta

McGregor dilanggar kereta

London: Conor McGregor mendedahkan bahawa dia dilanggar oleh sebuah kereta ketika bintang UFC sedang menunggang basikalnya di Ireland dia bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

McGregor menyiarkan video di laman Instagram selepas kejadian itu dan kemudiannya kedengaran seperti berkata, “Saya mungkin sudah mati di sana,” manakala pemandu kereta itu meminta maaf.

Dia kemudiannya memadamkan video berkenaan.

“Kedengaran dentuman kereta dari belakang,” tulis McGregor di Instagram.

“Silau matahari, pemandu tidak dapat melihat saya. Dia kemudian melanggar saya. Terima kasih Tuhan, itu bukan masa saya. Terima kasih gusti dan judo juga. Memberi saya kesedaran mengenai pendaratan menyelamatkan nyawa saya.”

Nama McGregor menjadi topik beberapa minggu ini kebelakangan ini apabila seorang wanita menuduh McGregor menyerang kapal layarnya pada Julai lalu.

Wanita itu memberitahu polis McGregor “akan membunuh” dia sekiranya dia tidak melompat dari kapal layarnya untuk melarikan diri McGregor bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Kali terakhir McGregor bertarung pada Julai 2021, mengalami kekalahan TKO kepada Dustin Poirier. McGregor patah kaki dalam pertarungan itu dan menjalani pemulihan sejak itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd