Kuala Lumpur : Jenama makanan popular dan berkualiti, Ayam Brand terus memperluaskan rangkaian Ayam Brand Ayam Carik dengan memperkenalkan tiga perisa baharu iaitu Sos Teriyaki, Sos Gochujang Korea Pedas dan Lada Hitam.
Menurut Ketua Jualan Ayam Brand, Loke Wing Hoong ia direka untuk memenuhi keperluan pengguna masa kini yang mengutamakan hidangan yang mudah disediakan tanpa mengorbankan rasa.
Katanya, ia menawarkan isi ayam carik yang lembut dan sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis hidangan, bergantung kepada kreativiti pengguna.
“Setiap perisa hadir dengan keunikan tersendiri di mana Ayam Carik Sos Teriyaki menawarkan gabungan rasa manis dan savuri yang sesuai dinikmati bersama nasi, mi, roti atau dijadikan inti sandwic.
“Ayam Carik Sos Gochujang Korea Pedas pula menampilkan cita rasa Korea dengan sentuhan pedas yang menyelerakan.
“Sementara itu, Ayam Carik Lada Hitam menggunakan lada hitam dari Sarawak yang terkenal dengan aroma dan rasanya yang lebih terserlah, memberikan sentuhan berempah kepada hidangan harian,” katanya pada pelancaran rangkaian Ayam Carik itu di Jaya Grocer, Sunway Pyramid di sini hari ini.
Wing Hoong menambah, dengan lebih banyak pilihan perisa, Ayam Carik jenamanya boleh dinikmati dalam pelbagai hidangan dan pada pelbagai ketika daripada sandwic, burger, nasi, mi dan salad hingga sebagai sajian ringkas, bekal ke pejabat atau sebahagian daripada hidangan harian.
Katanya, keluaran perisa baharu itu turut mencerminkan komitmen berterusan Ayam Brand dalam menawarkan produk yang sesuai dengan gaya hidup moden.
Ayam Carik Ayam Brand kini boleh didapati di Jaya Grocer dan cawangan terpilih di seluruh negara selain orang ramai berpeluang untuk mencuba Ayam Carik by Ayam Brand di Jaya Grocer, Sunway Pyramid hingga 6 September ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd

