“Mengaku Muslim Tapi..” – Ibu Aliff Aziz Kesal Budaya Fitnah Melampau

“Mengaku Muslim Tapi..” – Ibu Aliff Aziz Kesal Budaya Fitnah Melampau

Perkongsian ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah menjadi perhatian meluahkan rasa kecewa dengan siakp segelintir masyarakat berkaitan tabiat memfitnah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Siti Hafizah berkata segelintir individu ini mengaku sebagai Islam namun akhlah mereka tersasar dari ajaran sebenar.

BACA: “Cucunda Berdua Penyumbang Keturunan Kami” – Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Untuk Ayden & Ara 

“Tahap fitnah, sangkaan dan kebencian yang ditunjukkan itu, amat menyedihkan. Mereka mengaku sebagai Muslim, namun hakikatnya akhlak yang ditonjolkan jauh menyimpang daripada ajaran sebenar.  Semoga Allah mengurniakan ketenangan dan kelembutan dalam hati mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Hafiza berkata perkongsian tersebut itu juga peringatan untuk dirinya sendiri agar tidak terjerumus dalam perbuatan sama seperti menyebarkan fitnah.

“Saya sentiasa mengingatkan diri supaya tidak terperangkap dengan bisikan syaitan seperti menyebarkan fitnah, mengumpat dan menghakimi orang lain. Hak menilai hanya milik Yang Maha Esa.

“Allah membuka hati saya menerima setiap ujian dengan rasa syukur. Apa pun terjadi, saya tetap mengucapkan alhamdulillah,” katanya.


Scroll to Top