Mental Terganggu, Siti Jamumall Bidas Tuduhan Cerai Cuma Gimik

Mental Terganggu, Siti Jamumall Bidas Tuduhan Cerai Cuma Gimik

“Jangan kacau mental saya dan sebar fitnah yang boleh rosakkan imej saya,”

Itu reaksi tegas usahawan dan pempengaruh sensasi, Siti Jamumall yang tampil menafikan dakwaan kononnya isu penceraian dengan suami, Aiman hanyalah sekadar gimik untuk melariskan perniagaan.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Siti memberi amaran keras kepada pemilik akaun Jodoh Finder yang menuduhnya memanipulasi isu rumah tangga demi publisiti, supaya segera menarik balik dakwaan tersebut atau bersedia berdepan tindakan undang-undang.

“Saya minta posting itu dipadam segera. Kalau tidak, jumpa saya di mahkamah. Fitnah ini bukan saja timbulkan salah faham, malah beri tekanan kepada kesihatan mental saya,” katanya.

Terdahulu, Jodoh Finder mendakwa Siti dan suaminya, Aiman, sebenarnya sudah kembali bersama dan mendakwa perceraian kali kedua mereka secara langsung yang disaksikan lebih 20,000 penonton hanyalah taktik pemasaran.

Namun, Siti menegaskan dakwaan itu tidak berasas dan menyifatkannya sebagai satu cubaan untuk mencalarkan maruah serta menjejaskan reputasinya sebagai usahawan.

Pada Jumaat lalu, Siti memaklumkan dia dan suami, Khairul Aiman Abdul Kudus atau lebih dikenali sebagai Aiman Tak Kesah pernah berpisah seketika sebelum kembali rujuk pada hari yang sama.

Untuk rekod, Siti pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019 sebelum berpisah tiga tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5 tahun dan Putra Aiman Zafran 3 tahun.

Pada Jun tahun lalu, Siti sekali lagi melangkah ke alam perkahwinan bersama lelaki dikenali sebagai Aiman Tak Kisah dalam sebuah majlis yang berlangsung di Satun, Thailand.

@sitijamumall

tolong jangan kacau mental aku dan buat fitnah mcm ni yg boleh buat org salah fhm. turun kn posting ini segera @Jodoh Finder atau see u in court

♬ original sound – sitijamumall – sitijamumall

Artikel Berkaitan: “Ya, Kami Bercerai & Rujuk Semula Dalam Hari Sama” – Siti Jamumall 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Mereka Tak Boleh Lagi Rujuk Kembali”- Cerai Secara ‘Live’, PU Syed Respons Isu Siti Jamumall & Aiman

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cerai Kali Kedua, Siti Jamumall Alami Depresi & Anxiety… Netizen Komen: “Lepasni Jangan Nak Rujuk Balik! Sayangi Diri Sendiri”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dakwa Aiman Ambil D*dah & Curang? Siti Jamumall Diceraikan Kali Kedua Dengan Talak Dua Ketika Live TikTok

Scroll to Top