“Mereka Tak Tahu Perkara Sebenar” – Ira Kazar Dah Biasa Dikecam

“Mereka Tak Tahu Perkara Sebenar” – Ira Kazar Dah Biasa Dikecam

Bekas isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berkata dia sudah biasa dengan kecaman netizen dan enggan peduli dengan apa yang diperkatakan mengenai dirinya.

Memetik mStar Online, Ira berkata netizen yang mengecam tidak tahu perkara sebenar dan hanya komen dengan maklumat yang mereka peroleh di media sosial.

Bagaimanapun, Ira mengakui hatinya terguris apabila netizen bercakap mengenai bapanya, Kazar Saisi kerana pelakon itu tidak melakukan kesalahan.

“Saya tak kisah orang nak cakap apa pasal saya tapi bila orang kutus ayah, saya memang terkesan. Sedih jugalah tapi Alhamdulillah ayah pun sekarang dah okay, “ katanya.

Bakal keluar dengan single terbaru berjudul Tak Kisah, Ira berkata dia sudah tidak peduli dengan apa yang netizen perkatakan mengenai dirinya.

“Insha-Allah bulan depan akan rakamkan muzik video. Tak Kisah sebab lantaklah dengan apa yang orang nak kata,” katanya.

SUMBER: mStar Online


Scroll to Top