am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini, dijangka menyentuh isu terkait Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.
Difahamkan mesyuarat yang berlangsung di Menara Datuk Onn, di sini turut membincangkan hal terkait pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Selain itu, dijangka isu terkait keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding secara solo pada PRN kali ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut.
Isu bertanding solo dijangka diperhalusi malam ini untuk mendapat ‘perkenan’ pemimpin tertinggi pusat.
Setakat jam 8 malam tadi, antara pemimpin kanan yang hadir ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi UMNO Melaka; Datuk Seri Ab Rauf Yusof, Pengerusi UMNO Kedah; Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
© New Straits Times Press (M) Bhd




