Pelakon Miera Leyana tampil memberikan respon tegas terhadap isu melibatkan bekas madunya, Adibah Abdul Mutalib, yang kini berdepan kes mahkamah bersama suaminya, Rosland Othman.
Katanya, dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan isu tersebut dan meminta Adibah berhenti menggunakan namanya untuk meraih simpati atau publisiti.
Nama baik tercalar, reputasi terkesan

Miera mengakui dirinya terkesan apabila nama turut dikaitkan dengan kes berkenaan sehingga menjejaskan kerjayanya dalam bidang seni dan sebagai pempengaruh.
Saya pernah menang anugerah dalam industri seni tapi nama baik saya sekarang tercalar dengan isu peribadi sedemikian.
Menurutnya lagi, kerja bersama jenama antarabangsa sebagai influencer kini turut terganggu kerana kes mahkamah itu masih belum selesai.
Dia juga menegaskan kenyataan Adibah kepada media boleh memberi kesan negatif kepada dirinya dan keluarga.
Berhentilah buka aib bekas suami dan ‘move on’ dengan kehidupan anda.
Mahu lindungi anak-anak daripada trauma emosi

Lebih merisaukan, Miera menjelaskan fokus utamanya kini adalah terhadap suami dan dua orang anaknya.
Kesihatan mental anak-anak saya lebih penting… Bila anak-anak sudah besar nanti mereka akan baca berita yang dilaporkan berkaitan bapa mereka dan saya mahu menjaga emosi anak-anak.
Berkenaan isu tuntutan nafkah, Miera menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk membuat keputusan dan menegaskan agar segala ketidakpuasan hati disalurkan secara tertutup.
Kalau tak puas hati dengan kes perceraian, tuntutlah di mahkamah dan tak perlu keluarkan kenyataan yang buka aib bekas suami dan keluarga.
Tambahnya lagi, dia berharap Adibah berhenti menggunakan namanya sebagai modal untuk mencuri perhatian.
Jangan guna nama saya untuk dapat publisiti sebab anda bukan artis pun.
Terdahulu, Adibah memfailkan tuntutan nafkah anak, nafkah iddah dan muta’ah terhadap Rosland di Mahkamah Rendah Syariah Putrajaya selepas berjaya mendapatkan hak penjagaan kekal tiga anak mereka.
Pssttt! Mungkin sudah tiba masanya semua pihak ‘move on’ dan selesaikan kemelut rumah tangga secara tertutup demi kebaikan anak-anak.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




