“Minat Pada Sesiapa Pun, Jangan Berlebihan” – Teruk Dicaci, Abby Abadi Kesal Kenyataan Disalah Tafsir

“Minat Pada Sesiapa Pun, Jangan Berlebihan” – Teruk Dicaci, Abby Abadi Kesal Kenyataan Disalah Tafsir

Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi mencuri tumpuan apabila tampil memberi nasihat kepada pengikutnya di media sosial agar tidak berlebihan ketika meminati selebriti kegemaran mereka.

Menerusi perkongsian di platform Threads miliknya, Abby atau nama lengkapnya, Arbaiyah Abdul Manan, 47, menyuarakan pandangannya itu dipercayai selepas kenyataannya sebelum ini disalah tafsir oleh segelintir pihak sehingga dicaci.

“Minat dekat sesiapa pun, jangan berlebihan. Artis-artis tu tak heran pun. Mereka sibuk dengan kehidupan. Sikit-sikit dah la.

“Ini orang cakap pasal lain, pasal empathy, belas ikhsan… dia faham lain lepas itu melenting, sampai caci hina kita pula dah kenapa?

“Saya archive sebab macam-macam komen dah masuk sampai meloncat-loncat pun ada, jauh sangat pemahaman masing-masing.. risau,” katanya.

Perkara tersebut dipercayai berkait rapat dengan ciapannya sebelum ini yang mempertikaikan kenyataan individu mengucapkan terima kasih kerana telah mengirimkannya cinta sejati, sekali gus mempersoalkan hubungan terdahulu pasangan tersebut yang terlerai selepas tujuh tahun bersama.

Bagaimanapun, Abby tidak memetik nama mana-mana individu dalam ciapannya itu, namun segelintir netizen meluahkan rasa kesal apabila anggota ahli kumpulan Elite ini menyuarakan isu tersebut.

Scroll to Top