JOHOR BAHRU – Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) mengumumkan bertanding lima kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di bawah panji Perikatan Nasional (PN).
Pengumuman tersebut dibuat Presidennya, P. Punithan pada Majlis Pengumuman Calon yang diadakan di Dewan Raya Tiram di sini pada Khamis.
Menurut beliau, PRN Johor menjadi detik bersejarah buat parti tersebut kerana buat pertama kali parti tersebut menyertai pilihan raya.
Berikut merupakan senarai calon MIPP bagi PRN Johor:
N03: Pemanis – Dr. A. Arvind
N30: Paloh – D. S. Jeevakumar
N43: Permas – T. Vela
N49: Kota Iskandar – S. S. Anna Pravina
N50: Bukit Permai – M. Lina Manoh



