lokman.khairi@hmetro.com.my
Sepang: Kapal pemerhati dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu Shireen selamat berlabuh di pelabuhan Paphos, Cyprus pada 3.40 petang waktu Malaysia.
Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, kapal itu menyediakan khidmat guaman dan perubatan kepada seluruh peserta flotilla sepanjang pelayaran.
“Kapal ini juga diberi peranan untuk mengikuti dari awal flotila sehingga saat akhir, namun kapal pemerhati akan meneruskan perjalanan mereka dan tamat di Cyprus,” katanya pada sidang media harian di Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Central Warehouse, di sini, malam ini.
Sebelum ini, Sani Araby memaklumkan, kapal pemerhati tidak akan memasuki Zon Merah mengikut perancangan yang telah ditetapkan termasuk kapal Shireen dan Summertime-Jong.
Untuk rekod, terdapat empat warga Malaysia menaiki Summertime-Jong iaitu Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman; Mazian, Serieffa dan Ariff Budiman.
© New Straits Times Press (M) Bhd




