
AS merupakan satu-satunya negara terlibat konflik tersebut memiliki misil cruise Tomahawk yang dilancarkan dari kapal tentera laut ke Teheran.
TEHERAN – Rakaman video terbaharu membuktikan sebuah sekolah rendah di Iran dibedil peluru berpandu dilancarkan Amerika Syarikat (AS) hingga meragut sekurang-kurangnya 175 nyawa kebanyakannya kanak-kanak.
Klip dikongsi agensi berita di Iran pada Ahad dan disahkan oleh The New York Times menunjukkan misil cruise Tomahawk disasarkan pada pangkalan dikendalikan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) terletak bersebelahan Sekolah Shajarah Tayyebeh di bandar Minab pada 28 Februari lalu.
Bukti kekejaman AS yang dikumpulkan termasuk imej satelit, catatan media sosial dan video sokongan lain.
Pada Sabtu lalu, Presiden Donald Trump bagaimanapun cuba menafikan serangan tersebut malah menuding jari menyalahkan Teheran yang kononnya mengebom sekolah itu.
AS merupakan satu-satunya negara terlibat konflik tersebut memiliki misil cruise Tomahawk yang dilancarkan dari kapal tentera laut ke Teheran ketika Operasi Epic Fury itu bermula.
Tomahawk merupakan peluru berpandu jarak jauh berketepatan tinggi dengan had jangkauan kira-kira 1,600 kilometer. Ia diprogramkan dengan pelan penerbangan spesifik sebelum dilancarkan ke atas sasaran. – Agensi
Ringkasan AI
- Sekolah rendah di Iran dibedil peluru berpandu oleh Amerika Syarikat meragut 175 nyawa
- Rakaman video membuktikan serangan itu dengan misil cruise Tomahawk ke pangkalan bersebelahan sekolah pada 28 Februari
- Bukti serangan termasuk imej satelit dan video sokongan
- Presiden Donald Trump menafikan dan menyalahkan Teheran atas serangan itu
- AS punya kapal pelancar misil Tomahawk dengan jangkauan 1,600 kilometer semasa Operasi Epic Fury



