GTR Johor kongsi rezeki dengan penduduk

GTR Johor kongsi rezeki dengan penduduk

am@hmetro.com.my

Batu Pahat: “Alhamdulillah, terima kasih GTR Johor kerana sudi singgah tempat kami,” demikian reaksi penduduk dan kariah Surau As-Solihin, Kampung Desa Jaya, Batu 5, Yong Peng yang diraikan dalam majlis berbuka puasa, semalam

Terdahulu, kira-kira 40 penduduk menyertai program anjuran kumpulan berkenaan yang bermula sejak pagi dengan penyediaan bubur lambuk.

Presiden GTR Johor, Eddy Ham Ali berkata, program sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan sejak 2022, bertujuan untuk mendekati masyarakat serta golongan muda.

Menurutnya, daerah ini sekali lagi menjadi lokasi pilihan disebabkan permintaan tinggi, selain mempromosikan Surau As-Solihin yang hampir siap sepenuhnya, dibina dengan kos kira-kira RM800,000.

“Surau ini baru saja nak siap sepenuhnya, jadi kita nak tarik orang datang terutama anak muda untuk mengimarahkannya. Kita tengok surau ini sangat luas dan sudah tentu memberi keselesaan kepada jemaah.

“Kali ini GTR Johor ada buat perubahan, sebelum ini kita agihkan bantuan pada asnaf sekarang kita buat bubur lambuk dan kita berjaya menyediakan 700 bungkus bubur lambuk dengan 300 daripadanya diagihkan kepada penduduk kampung, manakala selebihnya diberi kepada pengunjung dan peniaga bazar Ramadan,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, bagi merancakkan lagi program, pihaknya juga berkongsi rezeki dengan mengadakan cabutan bertuah untuk kira-kira 40 penduduk.

Pengisian program satu hari itu ditutup dengan solat isyak dan tarawih berjemaah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top