Perhilitan tangkap, pindah gajah liar elak penduduk rugi tanaman musnah

Perhilitan tangkap, pindah gajah liar elak penduduk rugi tanaman musnah

BESUT: Seekor gajah jantan yang ditangkap selepas berkeliaran sejak dua minggu lepas di Kampung Pak Sik, Hulu Besut, dekat sini, berjaya dipindahkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, hari ini. Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, operasi memindahkan mamalia itu melibatkan seramai 21 anggota Perhilitan daripada Terengganu dan Johor. Menurutnya,… … Read more

Penduduk Arab Saudi perlu permit untuk haji

Penduduk Arab Saudi perlu permit untuk haji

RIYADH – Penduduk tempatan Arab Saudi yang mahu mengerjakan haji pada tahun ini perlu mendapatkan permit daripada pihak berkuasa. Pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan pengenalan langkah baharu untuk mengurangkan bilangan individu yang mengerjakan haji secara haram, tanpa permit atau mendaftar. Direktorat Keselamatan Awam Kerajaan berkata, ia adalah syarat baharu untuk mengurangkan bilangan individu yang mengerjakan … Read more

9,083 penduduk dipindahkan selepas Gunung Ruang meletus lagi

9,083 penduduk dipindahkan selepas Gunung Ruang meletus lagi

JAKARTA – Kerajaan Indonesia memindahkan 9,083 penduduk dari Pulau  Tagulandang, dekat Gunung Ruang di Sulawesi Utara yang meletus ke tempat yang lebih selamat. Ketua Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia  Lt Jen Suharyanto berkata  3,364 penduduk telah dipindahkan sementara 5,719 lagi sedang dipindahkan secara berperingkat. “Pemindahan ini berlaku secara berperingkat dari 30 April ke 2 Mei dan dijangka selesai dalam … Read more

Empangan pecah, lebih 40 penduduk Kenya maut

Empangan pecah, lebih 40 penduduk Kenya maut

NAIROBI – Lebih 40 orang maut di Kenya selepas empangan pecah susulan hujan lebat dan banjir. Penduduk di kampung berhampiran Mai Mahiu, kira-kira 60 kilometer dari Nairobi, dihanyutkan ketika mereka tidur. Kejadian ini berlaku selepas lebih 100 orang terbunuh dalam banjir yang telah memusnahkan beberapa bahagian Kenya bulan lalu. Pasukan penyelamat sedang menggali lumpur untuk … Read more

'Alasan dia tak tahu ada upacara pengebumian tak masuk akal' – Penduduk

'Alasan dia tak tahu ada upacara pengebumian tak masuk akal' – Penduduk

am@hmetro.com.my Georgetown: Penduduk Sungai Nibong Besar menggesa polis menjalankan siasatan telus terhadap pemandu sebuah kereta yang didakwa menimbulkan suasana tidak harmoni ketika upacara pengebumian nahas korban helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berhampiran Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, di sini, Rabu lalu. Wakil penduduk, Arshad Kassim, 62, berkata, dia serta penduduk Sungai Nibong Besar rasa … Read more

Kubur besar bukti penduduk Gaza diseksa, ditanam hidup-hidup

Kubur besar bukti penduduk Gaza diseksa, ditanam hidup-hidup

GAZA- Kubur besar yang ditemui di dua hospital di Semenanjung Gaza mengandungi 392 mayat, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga emas dengan tanda-tanda berlaku penyeksaan dan hukuman mati. Pada hari keenam berturut-turut kerja-kerja menggali mayat di selatan Gaza, Pertahanan Awam Palestin mendedahkan kubur besar itu terletak di sekitar hospital Nasser dan al-Shifa. Menurutnya, 10 daripada mayat … Read more

Penduduk rayu teruskan projek PJD Link

Penduduk rayu teruskan projek PJD Link

PETALING JAYA: Sekumpulan penduduk Petaling Jaya merayu kerajaan supaya meneruskan projek Lebuh Raya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link) atas dasar keprihatinan rakyat. Wakil penduduk dari Taman Medan, Mohd. Razali Abdulllah berkata, projek itu perlu diteruskan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang tidak terkawal di situ. “Saya merayu PJD Link ini diteruskan kerana banyak kenderaan… … Read more

Persatuan penduduk boleh kenakan syarat kepada penghuni tidak bayar yuran

Persatuan penduduk boleh kenakan syarat kepada penghuni tidak bayar yuran

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Persatuan Penduduk Parkville (RA) mengenakan syarat ke atas ahli yang tidak membayar yuran bagi mengendalikan sendiri boom gate (palang), tanpa bantuan pengawal keselamatan. © New Straits Times Press (M) Bhd