harisfadli@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Beberapa kawasan sekitar Kampung Melayu Subang, Shah Alam dilaporkan sekali lagi dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak tengah malam tadi.
Bencana itu melanda kawasan terbabit dua hari berturut-turut selepas insiden sama petang sebelumnya.
Berdasarkan perkongsian gambar, video dan sesi `live’ oleh beberapa penduduk cuaca di kawasan terbabit masih hujan setakat 1.50 pagi dan air sudah mula memasuki kediaman penduduk.
Beberapa penduduk kelihatan berkumpul di hadapan rumah masing-masing dengan paras air dilihat mencecah paras pinggang orang dewasa.
Turut kelihatan dalam sesi live berkenaan, lampu pandu arah dipercayai daripada kenderaan dan bot milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
© New Straits Times Press (M) Bhd




