LATEST
National

KBS akan lancar garis panduan e-sukan

KBS akan lancar garis panduan e-sukan

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dijangka melancarkan garis panduan sukan elektronik (e-sukan) rentas kementerian dalam tempoh terdekat.

Baca juga: Untung bersih Hong Leong Bank meningkat kepada RM1.15 bilion

Menterinya, Dr Mohammed Taufiq Johari, berkata ini bagi membolehkan industri e-sukan tidak terhad kepada permainan semata-mata, tetapi mampu diperluas hingga mewujudkan pembangun perisian tempatan.

Bagi tujuan itu, katanya, perbincangan sudah diadakan bersama Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) serta Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan.

“Garis panduan ini penting bagi mewujudkan ekosistem e-sukan lebih positif oleh kerana perihal berkaitan ‘gaming’ boleh membawa kepada hal negatif, ekstremisme dan sebagainya.

“Antara kemudahan latihan e-sukan disediakan ialah Hab E-Sukan Bersepadu di Puchong, Selangor, berfungsi sebagai pusat latihan, selain saya setuju peranti ditawarkan memerlukan model terkini.

“Pusat Latihan Kebangsaan di Kasa 1, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil di sini, selain 13 studio e-sukan di peringkat negeri bagi menyokong aktiviti latihan pembangunan bakat dan penganjuran kejohanan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 peringkat Jawatankuasa bagi KBS di Dewan Rakyat hari ini.

Pada sesi sama, Dewan Rakyat turut meluluskan peruntukan RM1.21 bilion, membabitkan Perbelanjaan Mengurus (RM707.03 juta) serta Perbelanjaan Pembangunan (RM505.67 juta) bagi Kementerian Belia dan Sukan, melalui undian suara.

Dr Mohammed Taufiq berkata, MSN akan mewujudkan semula pasukan e-sukan kebangsaan wanita, membabitkan penyertaan 12 atlet bagi dua kategori permainan iaitu Mobile Legends MLBB dan Honor of Kings, tahun depan.

Beliau berkata, ia susulan kejayaan e-sukan melakar sejarah baharu apabila meraih pingat emas di Sukan Asia dekat Aichi Nagoya, Jepun, tahun ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news